Selasa, 17 September 2013

KaCaNG BotoR

Assalamualaikum & Hai...

Kembali bersiaran.. ari ni nak tunjuk pokok kacang botor yg ada di kebun sejemput tuan blog.. setelah sekian lama menunggu akhirnya.. pokok kacang botor berbunga n berbuah.. ohhhh!!! gumbira rasa hati.. x sabar nak petik hasilnya nanti...

mula2 alihkan pokok
dah mula memanjat


berbuah lah banyak2..

tapi kan.. tuan blog pelik sikit lah tgk daun pokok kacang botor tuan blog ni.. daun dia panjang2 macam daun kangkung.. x lebar... x tau lah baka jenis aper ni.. mula2 pokok ni mengeluarkan daun.. tuan blog dah mula risau kot2 pokok lain yg keluar hu2.... tapi bila pokok dah berbunga n berbuah.. mmg sah lah e2 pokok kacang botor... fuhhhhh..... legaaaaa......

Selasa, 20 Ogos 2013

SaLam LeBaRaN..

Assalamualaikum & Hai...

Rasanya masih belum terlambat untuk tuan blog mengucapkan Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin... lama sudah tidak bersiaran.. blog pun dah bersawang.. x per.. raya kannnnn.... bila cuti beraya kat kg lama sgt kepala ni duk fikir aper lah nasib pokok di kebun sejemput tuan blog 2.. harap2 jiran tetangga baik hati tolong siramkan sehari sekali pun x per lah...

bila balik dari bercuti .. sampai jer kat rumah.. kebun yang di cari dahulu.... sedih bila ader pokok yang mati..

TiMuN - sebelum raya.. dah berbunga
TiMuN - selepas raya.. mati menyembah bumi..
Pokok Betik - pokok ni dicantas oleh abang mesin rumput..
hati panasssssss jer..
pokok tomato yg baru nak naik semua mati.. emmm... kena tanam balik lah lepas nih.. pokok bendi tuan blog pun x bleh nak tuai hasil sebab dah terlebih matang.. sebelum cuti raya ari 2 x leh nak tuai lg sebab buah masih kecil.. sekali lepas raya dah terlebih matang plak.. buat benih jer la nampaknya ..


ni x tau ler aper masalahnya..

Selasa, 30 Julai 2013

BeNDi

Assalamualaikum & hai...

sudah lama tidak bersiaran.. kesibukkan melanda.. biasalah bulan pose ni.. nak2 dah nak dekat raya nih.. lg lah bz.. nak menjahit baju.. nak buat kuih.. nak kemas rumah lg.. semua nak buat.. dasar tamakkkk.... hu2

kali ni tuan blog nak tunjuk pokok bendi yg ader kat kebun sekangkang kera tuan blog.. kecik ajer pokoknyer.. tapi dah berbuah.. buahnyer pun kecik jer lah.. x pasti knp pokok bendi ni kecik jer.. baja dah letak.. pokok pun hari2 siram.. pening2... tp janji dpt tuai hasil.. dah bersyukur sgt2...

1 minggu selepas dialihkan

putik bunga dah keluar.. yg dulu tuan blog ingat buah kacang bendi


wiiiiii.... kembang sudah..

Selasa, 9 Julai 2013

salam ramadhan...

Assalamualaikum & hai...

Alhamdulillah.. ramadhan kembali lagi.. Ramadhan bulan penuh keberkatan, keampunan serta dimakbulkan doa malah ganjaran pahala juga berganda.. bulan ini membuka peluang kita bertaubat, berdoa dan berlumba-lumba membuat kebajikan.. semoga ramadan kali ini membawa seribu rahmat dan hidayah kpd kita...dan semoga kita diberi peluang bertemu lagi dgn ramadhan tahun depan..aamiin. Insya-Allah... 

Selamat menjalani ibadah puasa... semoga amal ibadat kita diterima oleh Nya.....

Isnin, 8 Julai 2013

pokok tenggek burung

Assalamualaikum & hai...


sepanjang hidup ini kali pertama tuan blog tgk dan tahu pokok ni namanya tenggek burung.. kesiannnn.... selama ini pernah dengar pokok tenggek burung.. tp x pernah nak tahu @ tak pernah nak ambil tahu macam mana pokok nyer. ini pun terpandang secara x sengaja semasa hantar si kecil ke rumah pengasuhnya.. rupa2nya dekat rumah pengasuh si kecil banyak sekali pokok ni.. dia tanam sekeliling rumah.. boleh tuan blog tak perasan.. padahal tiap2 hari hantar si kecil... ish!!.. ish!!.. teruk betul lah.. bila dah jatuh cinta dengan pokok e2 tuan blog dengan muka tak malu nyer mintak benih hu2.. sebab apa di panggil pokok tenggek burung????? sebabbbbbbbb...... tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

macam burung kan??
pokok ni sangat unik dan sangat cantik di mata tuan blog....

tapi kan.. bukan ker pokok tenggek burung org buat ulam?.. tuan blog tgk pokok ni macam tak bleh makan.. ke tuan blog yang silap pokok ni... atau pun pokok yang org buat ulam tu pokok yang lain... jgn silap makan sudah... pitaammmmmmmmm.... mohon pencerahan...

Jumaat, 5 Julai 2013

si manja..


Assalamualaikum & hai...

alhamdulillah.... ari ni genaplah si kecil ini 1 tahun 1 bulan.. cepatnya masa berlalu.. masih terbayang-bayang saat melahirkan si kecil ini.. harta pinjaman dari Allah yang tiada galang gantinya... yang tak ternilai buat tuan blog n en.suami... syukur pada-Mu Ya Allah.....

sangat nakal
suka merajuk

 
suka menangis & sgt garang

cepat lah boleh berjalan.. ibu x sabar...

Khamis, 4 Julai 2013

kebun yg sejemput...



Assalamualaikum & Hai...

gambar kat atas tu adalah kebun sekangkang kera tuan blog.. betol2 di hadapan rumah.. kecik ajer.. itu jer lah tanah yg ader pun.. kat belakang rumah tak boleh nak bercucuk tanam.. banyak sangat gangguan.. kera.. monyet.. beruk.. lembu berkaki pendek.. semua ada.. yer jgn terkejut.. tuan blog duduk dlm hutan.. area rumah binatang2 tu semua ada.. tapi mcm biskut lah.. kejap ader.. kejap x der.. sekali datang angin dia nak menziarah.. abis pokok2 dikerjakannya.. tuan blog mmg suka bercucuk tanam.. tapi i ni spesis tangan panas.. tanam pokok jer mesti mati.. kalau hidup pun mesti pokok tu layu di tasik madu.. sedih tuan blog tgk.. emm.. kena tambah ilmu lg nih.. pokok2 tu pun en.suami yang alih kan.. tuan blog just semai jer.. ok lah tu untuk permulaan..

pokok timun.. kecik2 lg dah jadi cam ni..


pokok tomato.. baru nak menjadik.. guna bekas telur jer

memandangkan laman rumah tak luas kena tanam pokok dalam pasu gak ni.. OK.. nak cari pasu... nak cari pasuuuuu...

Khamis, 20 Jun 2013

sekian lama..

assalamualaikum....

Masih diberi kesempatan untuk bersiaran.. sejak blog ni di buka tahun 2010 ini n3 yang ke 2.. ish!!.. ish!!.. ish!! teruk betol. tuan blog ingat blog ni dah berkubur. rupanya masih ader. alhamdulillah... bayangkan dari tuan blog bujang, kawin n sampai dah ada anak.. ni baru nak sambung balik.. sebenarnya, tuan blog x tau aper motif nak berblog bagai ni. nak cerita banyak benda tapi x pandai nak mengarang. x tau mana hala tuju blog ni nanti.. cerita aper yg nak dikongsikan.. semua bermain di kotak fikiran.. so, berbekalkan azam baru dan semangat baru.. JOM.. start dari mula balik.. (cam lah sebelum ni byk n3 pun - tepuk dahi sendiri berkali2)